? ??????????????Large White Rose? ????? ?? ???Rating: 4.2 (67 Ratings)??0 Grabs Today. 9608 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Flowery Purple? ????? ?? ???Rating: 2.9 (28 Ratings)??0 Grabs Today. 2439 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 1, 2009

Penerima Anugerah TokoH Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1430H




Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1430H/2008M telah berlangsung pada 29 Disember 2008 di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan merasmikan majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada Tokoh Maal Hijrah 1430M.

Acara kemuncak bagi sambutan ini adalah pengumuman tokoh Maal Hijrah dengan menyaksikan Mufti Negeri Perak, Y.B. S.S. Datuk Seri Harussani bin Zakaria serta cendekiawan Islam dari Negara Syria, Prof. Dr. Wahbah al- Zuhaily dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1430H/2008M


Baginda bertitah bahawa tema yang sama dipilih bagi sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu ”Menjana Ummah Gemilang” mampu mendorong umat Islam untuk berfikir dan menyusun perjalanan masa depan yang lebih teratur, sehingga berupaya meletakkan diri dalam persaingan global yang begitu mencabar pada hari ini.
Turut hadir memeriahkan majlis sambutan Maal Hijrah Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dan Datin Seri Jeane bin Abdullah, Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datin Seri Hamidah binti Khamis, Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim serta suami dan dif-dif kehormat yang lain. Dewan Planeri dipenuhi 2700 penonton terdiri dari kontinjen Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta, Badan Berkanun dan orang awam.

0 comments: