? ??????????????Large White Rose? ????? ?? ???Rating: 4.2 (67 Ratings)??0 Grabs Today. 9608 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Flowery Purple? ????? ?? ???Rating: 2.9 (28 Ratings)??0 Grabs Today. 2439 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, January 7, 2009

Hina raja: Thai tutup 2,300 laman web


BANGKOK 6 Jan. - Pihak berkuasa Thailand telah menutup sekurang-kurangnya 2,300 laman web yang disifatkan sebagai menghina pemerintahan beraja di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ranongruk Suwanchawee berkata, penutupan laman-laman web itu dibuat di bawah undang-undang bagi melindungi institusi diraja.
Sejak kebelakangan ini, Raja Bhumibol Adulyadej sering dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia dan pertubuhan media.
"Penutupan laman web yang menyebarkan artikel serta gambar menghina pemerintahan beraja adalah satu daripada dasar kerajaan.
"Kami telah menyekat lebih 2,300 laman web dan kini sedang menunggu kelulusan mahkamah untuk menutup kira-kira 400 lagi laman web," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Ranongruk, kementeriannya membelanjakan sekitar 45 juta baht (RM4.5 juta) untuk membeli peralatan bagi memantau dan menyekat laman web "yang tidak sesuai".
"Pihak kementerian juga akan meminta Kementerian Keadilan, Dalam Negeri dan Pertahanan supaya bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang ini," tegasnya.
Perbuatan atau perkataan yang dianggap menghina raja Thailand boleh menyebabkan seseorang itu dihukum penjara maksimum 15 tahun.
Bagaimanapun pihak media mendakwa, peruntukan undang-undang itu sering digunakan untuk tujuan politik oleh parti yang memerintah.

0 comments: