? ??????????????Large White Rose? ????? ?? ???Rating: 4.2 (67 Ratings)??0 Grabs Today. 9608 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Flowery Purple? ????? ?? ???Rating: 2.9 (28 Ratings)??0 Grabs Today. 2439 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, June 29, 2009

test

Semoga istigfar menjadi rutin kita sebagaimana rutin Nabi kita. Beliau dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali beristigfar.

Saturday, March 7, 2009

Saturday, February 14, 2009

Tokoh




Sheikh Ahmed Hussein Deedat atau lebih dikenali dengan nama Ahmad Deedat. Lahir di Gujarat, India pada 1 Julai 1918M bersamaan 22 Ramadhan 1336H. Beliau sangat dikenali sebagai seorang pendakwah Islam yang sangat berkarisma, tawadhuk serta sangat bijak berdebat menentang pendakwah-pendakwah kristian. Walaupun telah meninggal dunia pada 20 Ogos 2005, namun warisan dan perjuangan beliau masih diteruskan. Syeikh Ahmad Deedat juga adalah pengasas kepada Islamic Propagation Centre International.

Friday, February 6, 2009

ENAM PESANAN UNTUK WANITA oleh ulama muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu.Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zamanNabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau takmampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan menciumAl Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga sayatak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga darisyurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan airmasakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunankepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaahdi Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlahbersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masukdalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Sunday, February 1, 2009

Anak!



Islam meletakkan tanggungjawab ke atas ibubapa untuk memelihara anak-anak dengan sempurna termasuklah makan minum, pakaian, tempat tinggal; malah memberi pendidikan dan memperkuatkan iman serta akhlak yang mulia. Dalam sebuah Hadith, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Ajarlah anak kamu tiga perkara: Mencintai Nabi kamu, mencintai kaum keluarganya dan membaca Al-Quran".
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Isra' ayat 23 & 24 yang bermaksud: "Dan Tuhan telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkata "Ha" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".